PUSAT TUISYEN AMANI | 2027

MATHSCATCH

PREMIUM CLASS VIP

PENDAFTARAN 2027 DIBUKA

Kelas lebih kecil.
Bimbingan lebih fokus.

1–5
Pelajar
4
Sesi / bulan
VIP
Bimbingan

Pembelajaran mengikut keperluan anak, dengan pilihan subjek yang fleksibel dan bimbingan tutor dalam suasana lebih fokus.

Maklumat kumpulan kecil dan sesi bulanan adalah untuk pakej Silver, Gold dan Platinum. Pakej Custom menawarkan sesi individu.

PILIH PAKEJ VIP ANDA

Pilih pakej mengikut masa dan keperluan pembelajaran anak.

SILVER

RM200
/bulan

1 jam / sesi
4 sesi / bulan
4 jam / bulan

GOLD

RM299
/bulan

1.5 jam / sesi
4 sesi / bulan
6 jam / bulan

PLATINUM

RM399
/bulan

2 jam / sesi
4 sesi / bulan
8 jam / bulan

CUSTOM

RM60
/jam

1 tutor : 1 pelajar
Pilihan topik fleksibel
Slot terhad

KELAS KUMPULAN KECIL

Pakej Silver, Gold dan Platinum menawarkan kelas 1–5 pelajar sahaja dengan 4 sesi setiap bulan.

Pilihan subjek mengikut keperluan pelajar, tertakluk kepada jadual dan ketersediaan tutor.

KENAPA PILIH MPC VIP?

Pembelajaran lebih fokus, mengikut keperluan setiap anak.

◎

KELAS KECIL

1–4 pelajar sahaja untuk bimbingan yang lebih fokus.

◎

PILIHAN SUBJEK

Pilihan subjek mengikut keperluan pembelajaran anak.

◎

PILIHAN TEMPOH

Tempoh pembelajaran mengikut pakej yang dipilih.

◎

SESI INDIVIDU

Pakej Custom menawarkan 1 tutor khas untuk 1 pelajar.

Setiap anak mempunyai keperluan pembelajaran yang berbeza. Pilih pakej yang sesuai dengan matlamat dan jadual anak.

PILIH CARA BAYARAN ANDA

Setiap pakej adalah untuk 1 subjek pilihan sahaja.

BOOKING SLOT

RM150

Pendaftaran RM100 + Modul RM50

Tempah slot anak dahulu. Yuran pakej dibayar kemudian, sebelum kelas bermula.

PEMBAYARAN PENUH

Termasuk pendaftaran, modul dan yuran pakej bulan pertama.

SILVER RM350
GOLD RM449
PLATINUM RM549
CUSTOM RM150 + RM60/jam

Booking RM150 merangkumi yuran pendaftaran dan modul untuk satu subjek. Yuran kelas tidak termasuk dalam bayaran booking.

Semua pilihan tertakluk kepada ketersediaan slot dan jadual tutor.

CARA MENDAFTAR

Hanya 3 langkah mudah untuk mendaftar kelas VIP anak anda.

01

PILIH PAKEJ

Pilih Silver, Gold, Platinum atau Custom untuk satu subjek pilihan.

02

PILIH JENIS BAYARAN

Booking RM150 dahulu atau terus membuat pembayaran penuh.

03

LENGKAPKAN PENDAFTARAN

Isi maklumat yang diperlukan dan teruskan pembayaran melalui OnPay.

Pastikan pakej dan jenis bayaran yang dipilih adalah tepat sebelum meneruskan pembayaran.

LOKASI KELAS VIP

MATHS CATCH TAMAN IMPIAN EMAS

No 79A, Jalan Impian Emas 22,
Taman Impian Emas,
81300 Skudai, Johor Darul Takzim.

BUKA GOOGLE MAPS BUKA WAZE

MAKLUMAT PENTING

TEMPAT TERHAD

Tempah slot anak lebih awal. Pengesahan tertakluk kepada kekosongan jadual dan tutor.

PERHATIAN: Tiada pemulangan bayaran pendaftaran selepas pembayaran dibuat. Harap maklum. Terima kasih.

SUASANA PEMBELAJARAN KAMI

Kenali suasana pembelajaran dan bimbingan tutor di MathsCatch.

Suasana kelas MathsCatch

SUASANA KELAS

Tutor MathsCatch membimbing pelajar

BIMBINGAN TUTOR

Aktiviti pembelajaran pelajar MathsCatch

AKTIVITI PELAJAR

Setiap pelajar mempunyai keperluan pembelajaran yang berbeza. Kami berusaha menyediakan bimbingan yang sesuai mengikut keperluan mereka.

MATHSCATCH JDT | TESTIMONI

Pengalaman Mereka,
Kepercayaan Kami

Setiap pelajar mempunyai perjalanan pembelajaran yang berbeza. Ada yang mula lebih yakin bertanya, ada yang semakin seronok hadir ke kelas, dan ada yang berkongsi peningkatan dalam keputusan peperiksaan.

Ini antara pengalaman yang dikongsikan sendiri oleh ibu bapa dan pelajar MathsCatch JDT.

Testimoni ibu bapa MathsCatch

01 | IBU BAPA

Bila anak-anak happy datang kelas

Seronok bila ibu ayah nampak sendiri anak-anak selesa dan gembira belajar. Itu pun satu perkara yang cukup bermakna buat kami.

Testimoni pelajar MathsCatch

02 | PELAJAR

Datang kelas dengan hati yang seronok

Kami suka bila pelajar bukan sekadar hadir, tapi betul-betul menikmati masa mereka belajar bersama kakak/abang tutor dan kawan-kawan.

Testimoni pelajar dari Darjah 6 hingga Tingkatan 5

03 | PELAJAR

Dari Darjah 6 sampai Tingkatan 5

Bertahun-tahun dia membesar bersama kami. Terima kasih kerana terus memilih MathsCatch JDT. Dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan membesarnya sangat bermakna buat kami. 

Testimoni tutor MathsCatch yang sabar mengajar

04 | PELAJAR

Tak faham? Kami terangkan sampai faham. 

Seronok bila dengar anak-anak rasa selesa untuk bertanya tanpa segan. Tak apa kalau belum faham, tanya banyak kali pun boleh. Yang penting, mereka tak takut untuk terus mencuba. 

Testimoni aktiviti pembelajaran MathsCatch

05 | PELAJAR

Belajar pun boleh jadi seronok

Bila pelajar sendiri cakap seronok datang kelas, kami pun tumpang gembira. ? Siapa sangka aktiviti kecil dan suasana belajar yang santai boleh buat mereka rasa lain macam. Yang penting, mereka datang bukan sebab terpaksa, tapi sebab seronok nak belajar. 

Testimoni pelajar belajar daripada asas

06 | PELAJAR

Tak apa kalau mula dari zero

Setiap anak ada titik permulaan berbeza. Yang penting, mereka diberi ruang untuk belajar sedikit demi sedikit , dengan sokongan dan semangat untuk terus mencuba. 

Testimoni keputusan pelajar melebihi jangkaan

07 | PELAJAR

Bila usaha sendiri membuahkan hasil

Seronok bila anak-anak dapat keputusan yang mereka sendiri tak sangka. ? Lagi-lagi bila tengok usaha mereka selama ni akhirnya berbaloi. Kami pun tumpang gembira dan bangga dengan pencapaian mereka.

Testimoni peningkatan markah Matematik daripada 40% kepada 66% ke atas

08 | IBU BAPA

Sedikit demi sedikit, nampak hasilnya

Alhamdulillah, gembira bila ibu ayah kongsi markah Matematik anak meningkat daripada 40% kepada 66% ke atas. ? Lagi seronok bila dengar anak makin rajin buat latihan dan teruja nak datang kelas. Bagi kami, semangat yang mula tumbuh tu sama berharganya dengan peningkatan markah.

Ruang untuk belajar,
bertanya dan berkembang.

Bagi kami, setiap perkembangan anak ada nilainya tersendiri.

Ada yang semakin yakin untuk bertanya. Ada yang mula seronok belajar. Ada juga yang akhirnya dapat melihat hasil usaha mereka.

Tak kira kecil atau besar, setiap langkah itu tetap bermakna.

Di MPC VIP, kami menyediakan pilihan kelas kecil 1 hingga 4 pelajar, serta sesi individu untuk anak-anak yang memerlukan bimbingan lebih peribadi.

Testimoni ini merupakan pengalaman pelajar dan ibu bapa MathsCatch JDT secara umum, bukan khusus MPC VIP. Pencapaian setiap pelajar mungkin berbeza.

MPC VIP 2027 | FAQ

Ada Apa-Apa Yang Ibu Ayah
Nak Tahu?

Kami faham, sebelum memilih kelas untuk anak, tentu ada beberapa perkara yang ibu ayah nak pastikan dahulu.

Semoga jawapan di bawah dapat membantu.

Kalau anak saya masih lemah asas, sesuai ke masuk MPC VIP?

Boleh, ibu ayah. Setiap anak datang dengan tahap kefahaman yang berbeza. Kami akan cuba sesuaikan bimbingan mengikut keperluan anak dan tempoh kelas yang dipilih.

Berapa orang pelajar dalam satu kelas?

Untuk pakej Silver, Gold dan Platinum, kelas dijalankan dalam kumpulan kecil 1 hingga 5 pelajar.

Kalau ibu ayah lebih selesa dengan sesi individu, kami juga ada pilihan Custom (1-to-1).

Apa beza pakej Silver, Gold dan Platinum?

Perbezaan utama ialah tempoh setiap sesi.

Silver: 1 jam setiap sesi, 4 sesi sebulan — RM200/bulan.
Gold: 1 jam 30 minit setiap sesi, 4 sesi sebulan — RM299/bulan.
Platinum: 2 jam setiap sesi, 4 sesi sebulan — RM399/bulan.

Setiap pakej adalah untuk satu subjek sahaja.

Macam mana pula dengan pakej Custom?

Pakej Custom ialah pilihan kelas individu (1-to-1) dengan kadar RM60 sejam.

Jumlah sesi dan tempoh kelas boleh disesuaikan mengikut keperluan pembelajaran pelajar, tertakluk pada ketersediaan tutor dan kekosongan jadual.

Boleh pilih hari dan waktu kelas sendiri?

Ibu ayah boleh maklumkan hari dan waktu yang sesuai untuk anak. Kami akan semak dahulu dengan jadual serta kekosongan tutor.

Jadual kelas hanya disahkan selepas kedua-dua pihak bersetuju.

Kalau anak saya malu nak bertanya?

Tak apa, ada anak yang perlukan masa untuk rasa selesa.

Kami nak anak-anak tahu bahawa mereka boleh bertanya walaupun perkara yang sama berulang kali. Kelas kecil juga memberi lebih ruang untuk tutor mendengar dan membantu setiap pelajar.

Berapa bayaran untuk tempah tempat?

Bayaran booking ialah RM150 untuk seorang anak bagi satu subjek.

Jumlah tersebut merangkumi:
RM100 — Pendaftaran
RM50 — Modul

Yuran kelas dibayar sebelum kelas bermula. Ibu ayah juga boleh memilih pembayaran penuh mengikut pakej.

Kalau nak daftar lebih daripada satu subjek, boleh?

Boleh, ibu ayah. Cuma untuk MPC VIP, satu pakej adalah bagi satu subjek.

Jadi kalau anak nak ambil dua subjek, pilihan pakej dan bayaran akan dikira secara berasingan bagi setiap subjek.

Masih Ada Yang Ibu Ayah Nak Tanya?

Tak mengapa, boleh bertanya dahulu. Kami lebih suka ibu ayah jelas tentang pilihan yang ada sebelum membuat keputusan untuk anak.

MPC VIP 2027 | MATHSCATCH JDT

Bila Ibu Ayah Dah Bersedia,
Kami Sedia Membantu.

Setiap anak ada keperluan pembelajaran yang berbeza. Kami harap ibu ayah dapat memilih kelas yang paling sesuai untuk anak.

Untuk meneruskan pendaftaran, ibu ayah boleh pilih pakej dan pilihan pembayaran di bawah.

Terima kasih kerana memberi kami peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan pembelajaran anak. ❤️

MAKLUMAN PENTING

Bayaran pendaftaran yang telah dibuat adalah tidak boleh dikembalikan. Sila pastikan semua maklumat pendaftaran adalah tepat sebelum meneruskan pembayaran.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama ibu ayah.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
BOOKING KELAS PREMIUM MCJDT - PACKAGE SILVER
PENDAFTARAN PENUH KELAS PREMIUM MCJDT - PACKAGE SILVER
Booking KELAS PREMIUM MCJDT - PACKAGE GOLD
PENDAFTARAN PENUH KELAS PREMIUM MCJDT - PACKAGE GOLD
Booking KELAS PREMIUM MCJDT - PACKAGE PLATINUM
PENDAFTARAN PENUH KELAS PREMIUM MCJDT - PACKAGE PLATINUM
Booking KELAS PREMIUM MCJDT - PACKAGE CUSTOM (ONE TO ONE)
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel mathscatchjdt@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaPusat Tuisyen Amani
No. Akaun551539111624
Buka Maybank2u  


Maklumat Peniaga

MATHS CATCH JDT
mathscatchjdt@gmail.com
+60167143924